REFLEKSI PENGAJARAN

MATAPELAJARAN : BAHASA MALAYSIA
TAHUN : 4
SEKOLAH KEBANGSAAN ST JOHN,DALAT,SARAWAK

TOPIK PENGAJARAN:  SENTIASA BERHEMAT KITA SELAMAT
SUBTAJUK  : 1. Awas Banjir
                          2. Banjir
                                                 
TUJUAN UNIT:  Unit 5; Sentiasa Berhemat Kita Selamat, unit ini ditulis bagi melahirkan rasa kesedaran akan peri pentingnya menjaga keselamatan dan peka kepada keadaan sekeliling. Memberi pendedahan kepada murid berkaitan bencana alam.  Cara mengatasi dan tindakan yang perlu diambil jika berlaku bencana.

Kepentingan Topik pengajaran: Tema; Awas Banjir, penting memandangkan keadaan cuaca ketika ini yang tidak menentu.  Kejadian banjir kilat sering berlaku tanpa diduga.  Bencana banjir juga merupakan bencana alam yang sinonim dengan negara kita.  

CATATAN REFLEKSI MAKROPENGAJARAN

1.  Objektif pengajaran:    
Pada pandangan saya, objektif pengajaran tercapai dengan  dengan  semua  murid  memberi  kerjasama  dan terlibat secara aktif .  Saya berjaya menarik perhatian murid untuk menyertai sesi pengajaran dan menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran saya seterusnya.Murid – murid memberi tumpuan sepenuhnya dalam sesi pengajaran termasuk set induksi,langkah pengajaran serta terlibat aktif dalam sesi soal jawab.

2.  Penglibatan murid:
Secara keseluruhannya,saya dapati terdapat penglibatan aktif di kalangan murid semasa pengajaran dan pembelajaran di jalankan di dalam bilik darjah.Pembacaan petikan berita berkaitan banjir dilihat dapat menguatkan hujah yang menyatakan penglibatan murid secara aktif.Murid bersungguh – sungguh membaca petikan dengan intonasi yang betul.Soalan – soalan yang ditanya oleh guru dijawab secara spontan oleh murid – murid.Murid berlumba – lumba memberi idea dan pandangan serta jawapan bagi soalan yang dikemukakan oleh guru.           
3.    Alat Bantu Mengajar/bahan sokongan / sumber pengajaran:
Teks petikan  berita, LCD, Komputer riba, Slaid Power point, Lembaran kerja,Youtube “Berita Banjir”.

4.Bantuan tambahan/sokongan atau sumber lain:
Lakonan “situasi ketika banjir”,tanyangan video klip kejadian banjir.

           Cadangan penambahbaikan:
Saya akan memastikan perancangan aktiviti yang lebih menarik untuk terus menarik minat murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran saya di masa akan datang.  Kepelbagaian teknik dan strategi juga akan saya gunakan bagi mengelakkan murid dari merasa bosan. Saya juga akan menggunakan bahan maujud kerana murid pasti akan lebih tertarik dan lebih jelas terutama dari segi bahan berita tersebut. Selain itu, Saya juga akan merangsang murid untuk menjawab dan mengambil bahagian dalam setiap sesi soal jawab yang dijalankan.  Murid juga akan digalakkan menjawab secara individu untuk menanamkan rasa yakin dan berani dalam diri mereka.  Manakala, murid lain pula akan digalakkan untuk memberi penghargaan seperti tepukan atau kata-kata semangat kepada rakan yang berani menjawab secara individu.  Semoga saya berjaya melaksanakannya.  

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply