1. Isu/Perkara yang difokus: Set induksi dapat dilaksanakan dan tercapai dengan semua murid memberi kerjasama dan terlibat secara aktif . Saya berjaya menarik perhatian murid untuk menyertai sesi pengajaran dan menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran saya seterusnya. |
2. Analisis isu/perkara yang difokus: 2.1 Kekuatan: Tajuk ‘Awas Banjir’ dan fokus yang digunakan mudah dan menarik kerana murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan sedia ada berkaitannya. Bahan bantu mengajar iaitu petikan berita yang digunakan juga dapat membantu menarik minat murid untuk mengikuti dan menyertai sesi pengajaran dan pembelajaran. 2.2 Kelemahan: Murid kurang diberi peluang untuk menjawab secara individu dan lebih kepada soalan terbuka. Ini menjadikan murid saya kurang yakin untuk memberi jawapan jika diminta menjawab secara individu. Seterusnya, saya dapat mengesan murid kurang jelas berkaitan maklumat fenomena banjir seperti dalam petikan berita.Adalah lebih baik jika saya menggunakan bahan maujud. |
3. Cadangan penambahbaikan: Saya akan memastikan perancangan aktiviti yang lebih menarik untuk terus menarik minat murid mengikutsesi pengajaran dan pembelajaran saya di masa akan datang. Kepelbagaian teknik dan strategi juga akan saya gunakan bagi mengelakkan murid dari merasa bosan. Saya juga akan menggunakan bahan maujud kerana murid pasti akan lebih tertarik dan lebih jelas terutama dari segi bahan berita tersebut. Selain itu, Saya juga akan merangsang murid untuk menjawab dan mengambil bahagian dalam setiap sesi soal jawab yang dijalankan. Murid juga akan digalakkan menjawab secara individu untuk menanamkan rasa yakin dan berani dalam diri mereka. Manakala, murid lain pula akan digalakkan untuk memberi penghargaan seperti tepukan atau kata-kata semangat kepada rakan yang berani menjawab secara individu. Semoga saya berjaya melaksanakannya. |
Lampiran Video Rakaman Mikropengajaran
Seperti dalam video yang disertakan
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses